KOMEN DAN CADANGAN

22:23 0 Comments A+ a-

Latihan industri merupakan salah satu landasan yang memberi peluang dan ruang kepada para pelajar untuk mempraktikkan apa yang dipelajari di Politeknik dalam suasana pekerjaan sebenar. Pilihan Politeknik untuk  memberi peluang kepada pelajar menjalani latihan industri memang sangat baik. Terdapat banyak kebaikan yang dapat dilihat dan dipelajari samada secara fizikal ataupun mental. 

Selain itu, pengetahuan dan pengalaman selama praktikal juga menjadi panduan kepada pelajar apabila menghadapi alam pekerjaan sebenar, malahan dapat juga diaplikasikan dalam pembelajaran di dalam kelas. Namun begitu, terdapat juga masalah yang dihadapi oleh para pelajar semasa menjalani latihan industri. Antaranya, kerja  atau tugasan yang diberikan tidak bersesuaian dengan modul yang dipelajari oleh pelajar. 
Berikut adalah komen dan cadangan dalam masalah yang timbul sepanjang menjalani latihan industri.

Pihak Sekolah kebangsaan Permatang Raja.
Terdapat beberapa kelemahan dan kelebihan yang ada pada pihak organisasi yang perlu dipertingkatkan :

Antara kelemahan yang terdapat pada Sekolah kebangsaan Permatang Raja Ini ialah:
  • Pihak Sekolah Kebangsaan Permatang Raja perlu memberi tunjuk ajar yang secukupnya kepada pelajar yang menjalani latihan industri di pejabat ini. Sebagai contoh, semasa memerlukan pelajar membina sistem atau laman web yang pelajar tidak pernah pelajari sebelum ini, Unit Teknologi Maklumat perlulah mengajar dan memantau pelajar tersebut.
Antara kelebihan yang terdapat di Sekolah kebangsaan Permatang Raja ini pula ialah:


  • Guru dan Staf yang bekerja di sekolah ini amat ramah dan boleh membantu serta memberi tunjuk ajar apabila pelajar bertanya.
  • Mereka memberi peluang kepada pelajar praktikal untuk menyertai mesyuarat formal, membuat tugasan yang penting, terlibat dalam program dan aktiviti kerja luar yang dijalankan oleh Sekolah.